1.2.10

PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN 2010

Isnin, 04.01.2010- Penggal pertama persekolahan bermula. Seawal jam 6.30 pagi guru-guru dan murid-murid mula memenuhi kawasan sekolah. Jelas terpancar keriangan di wajah murid-murid dengan pakaian seragam sekolah mereka yang baru.

Jam 7 pagi lonceng sekolah berbunyi dan seperti lazimnya aktiviti perbarisan pagi diteruskan dengan acara menaikkan bendera dan mengaminkan doa sekolah dan doa khusus Influenze AH1N1 yang telah dibacakan oleh Ustaz Abd Hassan bin Hj Angkis.

Seterusnya Guru Besar, Cikgu Hj Amir Abas bin Hj Zaini memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada murid-murid dan juga mengalu-alukan kedatangan murid-murid Pra Sekolah.

Sesi pembelajaran bermula jam 7.55 pagi. Pihak sekolah menerima lawatan kerja dari Pemg. PPD, Cikgu Hj Zulkipli bin Hj Ladis dan Cikgu Nasir.

blogger templates | Make Money Online